Social Icons

Bahasa Melayu English

     twitter facebook email

PERKHIDMATAN KAMI


PERKHIMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang kami tawarkan ialah: -


  • Perakaunan
  • Percukaian
  • Pengauditan
  • Pengurusan perniagaan

PERKHIDMATAN PENGAUDITAN

Perkhidmatan pengauditan yang kami tawarkan seperti berikut:

  • Audit Berkanun
  • Audit Khas
  • Pengauditan untuk Firma Guaman.


PERKHIDMATAN PERAKAUNAN

Kenapa perlu ‘Outsource’?


1. Penjimatan kos – pengurangan kos dalam pengambilan pekerja. Seperti kos penyediaan latihan, EPF, SOCSO, kerja lebih masa, lain-lain manfaat dan masalah dalam menanggung pekerja yang selalu bertukar atau berhenti.


2. Laporan perakaunan yang tepat pada masanya - Anda boleh mendapatkan Laporan Perakaunan pada masanya. Supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk merancang perniagaan anda dan ia juga mengelakkan pembayaran denda


3. Mengurangkan bebanan kerja - Terutama bagi pengusaha kecil atau perniagaan kecil. Pemilik mungkin lebih banyak masa memberi tumpuan kepada operasi perniagaan.


Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan yang lengkap untuk pelanggan kami dengan mengekalkan kualiti yang tinggi dan penggunaan yang konsisten dan tafsiran Standard Perakaunan yang diluluskan, dan membantu pelanggan kami untuk meningkatkan kualiti laporan kewangan mereka.


Perkhidmatan perakaunan kami termasuk: 
  1. Menyediakan set lengkap perakaunan dengan penyelesaian perakaunan berkomputer
  2. Pengurusan tunai dan laporan bajet
  3. Laporan pengurusan 

Untuk Perkhidmatan Perakaunan, kami juga menawarkan pakej perakaunan termasuklah:


  1. Mingguan - Kemas kini data mingguan anda bermula dari penyediaan baucar bayaran sehingga memasukannya ke dalam Perisian Perakaunan.
  2. Bulanan - Memasukkan data dalam Perisian Perakaunan secara bulanan atau menjalankan kajian untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan anda. 
  3. Suku - Masukkan data dalam Perisian Perakaunan dalam setiap suku tahun atau menjalankan kajian untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan anda. 
  4. Tahunan – Memasukan data pada akhir tahun kewangan dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengauditan dan juga berhubung dengan juruaudit untuk memastikan audit dijalankan dengan lancer dan siap pada masanya. 




Pelanggan boleh pilih pakej yang mana dikehendaki bergantung kepada keperluan pelanggan.


KESETIAUSAHAAN SYARIKAT

Dalam sesebuah syarikat, Setiausaha syarikat ialah seorang ketua pegawai pentadir syarikat. Peranan setiausaha syarikat adalah untuk memastikan bahawa syarikat itu memenuhi semua keperluan undang-undang dan Akta Syarikat 1965. Setiausaha syarikat yang dilantik oleh pengarah mesti berkelayakan dan memenuhi keperluan yang berkaitan di bawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 139A).

Perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan adalah: 

  1. Menubuhan sebuah syarikat sendirian berhad 
  2. Bertindak sebagai Setiausaha Syarikat 
  3. Membantu dalam penyediaan dokumen untuk mendaftarkan perniagaan tunggal atau syarikat perkongsian 
  4. Menyediakan perkhidmatan setiausaha syarikat yang diperlukan oleh pelanggan contohnya pertukaran pengarah, pertukaran nama syarikat, dokumen perakuan dan perbahan Memorandum dan Artikel peratuan (sila hubungi kami untuk senarai penuh perkhidmatan). 
  5. Membantu dan memberi nasihat tentang pilihan yang ada untuk menggulung syarikat 



PERCUKAIAN


Pematuhan cukai adalah sebahagian daripada syarat dalam menjalankan perniagaan. Banyak perniagaan yang memerlukan perkhidmatan pencukaian yang disediakan oleh seseorang profesional yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan ini. Kami menyediakan perkhidmatan dalam bidang percukaian dendan menawarkan nilai ditambah penyelesaian dan penilaian yang mendalam mengenai kedudukan cukai syarikat atau orang perseorangan. Matlamat kami adalah memberi perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan keuntungan dengan mencapai cukai yang optima.

Kami menyediakan: 
  1. Perkhidmatan pengiraan cukai bagi entiti korporat (boring C & R, borang E, borang CP204 dan lain-lain lagi), perusahaan (borang B) dan bergaji (borang BE).
  2. Perkhidmatan pematuhan cukai untuk amalan khusus (contohnya mengecualikan cukai) 
  3. Perancangan cukai 
  4. Cukai pematuhan penyerahan laporan, kajian dan hubungan dengan Pihak Berkuasa Cukai. 


PERUNDING PENGURUSAN


Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami bagi perundingan pengurusan adalah termasuk:

  • MOF 
  • Profial Syarikat 
  • Pendaftaran Lesen MPSP

No comments :

Post a Comment